Tuesday, December 24, 2013

HARTANAH PEGANGAN SEMENTARA (LEASEHOLD PROPERTIES)



PENTING UNTUK ANDA TAHU!! 

Jika hartanah anda adalah pegangan sementara / pajakan / LEASEHOLD dan masih belum dipindahmilik atas nama anda di dalam geran individu / STRATA, sila bertindak segera supaya urusan jual beli / pindahmilik di kemudian hari menjadi lebih mudah. kebiasaannya hartanah LEASEHOLD yg sudah ada geran individu atau STRATA yang masih belum tertera nama anda pasti akan memakan masa lebih dari 6 bulan dan ada yang mencecah sehingga 2 tahun untuk dipindahmilik. ye, jangan pandang remeh hal ini terutama ketika anda sangat perlukan wang sekiranya berhajat untuk menjual hartanah anda. dalam masa 1-2 tahun tersebut hartanah anda boleh meningkat nilainya jangan disebabkan perkara ini, anda kerugian beratus ribu ringgit. untuk sebarang keterangan lanjut, anda boleh menghubungi peguam anda atau peguam pemaju untuk proses pindahmilik tersebut.