Sekadar untuk dikongsi bersama..
Di dalam dunia jual beli hartanah, terdapat istilah Asking Price, Selling Price, Market Value dan sebagainya. Jika dilihat pada iklan-iklan di internet, majalah, dan sebagainya, seseorang penjual/ejen hartanah akan menggunakan isitilah Asking Price di dalam iklan mereka.
Tahukah anda bahawa Asking Price bukanlah Market Value sebenar bagi sesuatu hartanah yang hendak dijual di pasaran. (Anda boleh merujuk definisi Market Value, di bawah). Banyak pihak yang tersalah faham dengan istilah-istilah ini di mana apabila seseorang pemilik terutamanya, ingin menjual hartanah mereka, tanpa membuat rujukan daripada pihak-pihak profesional seperti Penilai Hartanah akan menjual hartanah mereka pada harga yang tidak wajar. Saya beri contoh, Encik Adam ingin menjual rumah teres dua tingkat yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam berkeluasan 20' x 70, rumah basic/standard. Beliau mendapat tahu bahawa terdapat rumah teres dua tingkat di kawasan berhampiran hendak dijual pada harga RM380,000. Tanpa berfikir panjang, beliau membuat keputusan untuk menjual rumahnya pada harga RM380,000 juga. Setelah sekian lama menunggu (3 bulan), tiada satu pun pembeli yang benar-benar ingin membeli rumah tersebut pada harga yang ditawarkan. Maka,beliau telah membuat keputusan untuk menurunkan harga jualan tersebut kepada RM360,000, tetapi masih juga tiada pembeli yang serius. 6 bulan telah berlalu, beliau menurunkan lagi harga rumah tersebut kepada RM340,000. Tidak lama kemudian, ada pembeli yang telah bersetuju untuk membeli rumah itu seterusnya membayar deposit & membuat pinjaman bank.
Apa itu Asking Price?
Asking price merupakan sesuatu harga yang ditawarkan oleh pemilik bagi hartanahnya yang ingin dijual di pasaran, tetapi harga tersebut masih boleh lagi dirunding mengikut kemampuan pihak pembeli. Asking Price juga berkait rapat dengan supply dan demand di sesebuah kawasan. Jika Asking Price tidak munasabah atau terlalu mahal, maka pembeli mempunyai pilihan untuk membeli hartanah yang sama yang ditawarkan pada harga yang lebih rendah. Atau sekiranya demand di kawasan tersebut adalah tinggi, dan pembeli sanggup membeli dengan harga yang ditawarkan, maka harga tersebut boleh menjadi Market Value.
Kenapa pentingnya Penilai / Penilaian Hartanah?
Ini kerana, pihak profesional seperti penilai hartanah mempunyai rekod transaksi jualan hartanah bagi sesuatu kawasan itu. Bukan setakat harga jualan, segala maklumat lain seperti keluasan tanah, keluasan bangunan, pegangan hakmilik (freehold/leasehold), alamat, dsbg turut diketahui oleh penilai. Selain itu juga, pihak penilai mempunyai hubungan 'networking' yang sangat akrab dengan pihak bank di mana setiap bank di Malaysia mempunyai panel penilai masing-masing, kenapa? Kerana, apabila pembeli ingin membeli sesuatu hartanah, mereka akan membuat pinjaman di bank terpilih, pihak bank pula tidak akan sesuka hati memberi pinjaman kepada peminjam, maka mereka akan merujuk kepada pihak penilai hartanah bagi menentukan Market Value hartanah yang ingin dibeli. Maka dari situlah pihak bank dan pembeli akan mendapat guideline berkenaan Market Value sebenar di kawasan tersebut samada hartanah yang dibeli terlalu mahal atau sebaliknya. Jangan membiarkan spekulasi bermaharajalela di pasaran hartanah dan jangan segan silu untuk mendapatkan khidmat nasihat Penilai Hartanah jika anda ingin membeli / menjual sesuatu hartanah ya..Dan jadilah pengguna yang bijak..=)
Wednesday, September 14, 2011
DEFINITIONS OF MARKET VALUE & FORCED SALE VALUE
MARKET VALUE
Market Value is the estimated amount for which an asset should exchanged on the date of valuation between a willing buyer and a willing seller in an arm's length transaction after proper marketing wherein in the parties had each acted knowledgeable, prudently and without compulsion.
FORCED SALE VALUE
The amount that may reasonably be received from the sale of a property under (forced sale) conditions that do not meet all the criteria of a normal market transaction.
It involves a price which arises from disposition under extraordinary or a typical circumstances, usually reflecting an inadequate marketing period without reasonable publicity, an inappropriate mode of sale and sometimes reflecting an unwilling seller condition, and/or disposal under compulsion or duress.
Tuesday, February 8, 2011
* SOLD * 2 STOREY LINK HOUSE - ALAM BUDIMAN, SHAH ALAM
2 storey link house - newly completed (end of 2010)
ALAM BUDIMAN, Seksyen U10, Shah Alam - Suria II
4 rooms / 4 baths
Land area: 22' x 70' (1,540 square feet)
Approximate built up area: 2,370 square feet
External wall originally built from clay bricks (facing bricks) - aesthetic design
spacious built up (as mentioned above)
Internal floor finishes generally in ceramic tiles
Facilities & amenities: civic hall, parks, kindergarten, surau and shops
Surrounding developments: Taman Bukit Sandaran, Taman Subang Impian, Taman Puncak Perdana, Bandar Nusa Rhu, Perdana Heights, Sunway Alam Suria, Kayangan Heights, Monterez Golf Club, UiTM Puncak Perdana
8 km to Sri Pristana / Saujana Utama, 14 km to Bandar Puncak Alam
Asking price: RM 365,000.00 (Negotiable)
Deposit is required
*SOLD*SOLD*SOLD*SOLD*SOLD*
Friday, January 28, 2011
AUCTION PROPERTY
Friday, January 21, 2011
DATARAN OTOMOBIL SEKSYEN 15 SHAH ALAM
2 STOREY LOW COST TERRACE HOUSE, TMN MESRA KLANG
**SOLD**
2 storey low cost house for sale
Located at Lorong Samarinda 35H, Tmn Mesra, Klang
(next to Tmn Maznah, Tmn Saga, Tmn Klang Indah, Tmn Fraser Jaya) 6km to bdr bukit tinggi, 8km to klang town
Land size: 77 sq. metres (830 sq. feet) 3 rooms / 2 baths
Vacant / partly furnished
Good condition, renovated with kitchen cabinet, changed to ceramic tiles flooring, kitchen extended
Selling price RM 85,000
TAMAN MESRA KLANG, 2 STOREY TERRACE HOUSE
****SOLD*****SOLD****
2 STOREY TERRACE HOUSE
TAMAN MESRA, KLANG
(located next to Tmn Maznah, Tmn Saga, Tmn Klang Indah, Tmn Fraser Jaya)
6km to bdr bukit tinggi, 8km to klang town
Land size: 82 sq. metres (880 sq. feet)
built up (building size: approx. 96sq. metres (1,033 sq. feet)
3 rooms / 2 baths
Vacant house - Chinese owner
Good condition - newly paint, broken marble for living, ceramic tiles for kitchen, 1st floor changed to fully ceramic tiles flooring
RM115,000.00 (Negotiable)
TAMAN MESRA, KLANG
(located next to Tmn Maznah, Tmn Saga, Tmn Klang Indah, Tmn Fraser Jaya)
6km to bdr bukit tinggi, 8km to klang town
Land size: 82 sq. metres (880 sq. feet)
built up (building size: approx. 96sq. metres (1,033 sq. feet)
3 rooms / 2 baths
Vacant house - Chinese owner
Good condition - newly paint, broken marble for living, ceramic tiles for kitchen, 1st floor changed to fully ceramic tiles flooring
RM115,000.00 (Negotiable)
Below market price
Subscribe to:
Posts (Atom)